Wednesday, July 27, 2011

Jalan2 KL.. 23 Julai


Huhu dah 2 hari balik dari KL baru ada kesempatan nak tulis. Hari Sabtu hari tu sampai dalam kul 4pagi. Balik KB pulak sampai pagi Isnin kul 3.30 pagi.Short trip sungguh. Gi KL tu macam dekat jer.


Ni gambar pekan Bentong kat2 kul 3 pagi. Masa ni Abah berenti sebab nak suruh saya drive pulak. Sy dah drive dari umah sampai G.Musang pastu Abah drive, kemudian sampai Bentong tukar balik.
Biasa lalu Highway MEX tapi awal pagi jalan sunyi so lalu jalan non-toll, ikut Kinrara-Puchong jer.  Kalu nak lalu jln ni waktu2 biasa, belengas dulu la baru sampai umah Angah.

Taman Putra Perdana ni kawasan je dalam Puchong tapi sebenarnya lebih dekat ngan Cyberjaya. Sampai sana lepas Subuh terus saya terbongkang sampai kul 11 jugak. 

Dalam tengah hari D.Ha ngan Uda sampai dari umah diaorg d Sg.Besi. Abah ajak sy ngan D.Ha p kenduri kawin kawan anak dia di Bkt. Jelutong, kitaorg macam terpinga2 coz x der baju kurung. 

Kalu cakap awal2 blh D.Ha bawak baju dr umah dia. Bersungguh2 Abah ajak sampai offer nak belikan baju kurung kat Plaza Alam Sentral.Last2, geledah tong baju kat umah Angah tu jumpa baju2 kurung ku. Siap ada 3 pasang lagi. So bagi D.Ha sepasang. Dalam kul 1 kitaorg gerak.   

Dik Ha tengah mengisi minyak keta dia dengan gumbira coz Abah sponsor. Senang je nak cari dewan tempat kenduri kawin ni, lagipun saya pun dah familiar dengan area2 S.Alam masa keje kat sini dulu.

 Ni lah Dewan Guthrie, Bukit Jelutong.Sebelum masuk Abah pesan jangan lama2 duk situ sampai 2.15 jer. Bayangkan kitaorg sampai pun kul 2.

* Pasangan pengantin 

 * Nasi yang saya ambik, selain nasi minyak.. nasi dagang pun ado

Tak der makna nak gerak 2.15, Abah dah jumpa member2 dia bukan main lagi bersembang. Biasa la orang dah pencen, majlis2 cam ni je la peluang nak jumpa member2. Semua member dia kat KL terkejut sebab Abah turun dari KB. Yg pic atas ni, member baik Abah ngan bakal jadi besan kalu jadi, Insyaallah.

Balik Bkt. Jleutong kitaorg singgah Subang gi umah sepupu kat SS14. Sampai umah dalam kul 4 lebih. Malam Abah ajak p umah bapa sedara kitaorg, W.Masadi yg turun dari Johor hjg mggu tu jugak.
 
Tengah lintas jalan nak pi umah Wak Masadi. Umah dia depan apartment Angah jer, cuma dia atas blok umah kedai. Rumahnya tinggal kosong, bila dioarg turun dr Segamat baru la b'penghuni. W.Masadi pun dah pencen so macam Abah jugak boleh turun KL selalu.

Balik dari umah, angah ajak beli barang coz dia nak ajak p berkelah kat Hulu Langat esok. Saya ngan D.Ha ikut angah beli barang, Beli barang2 umi nak wat mihun putih ngan beli ayam mentah Angah nak buat ayam KFC, ngan Angah ni suka masak, dan dia lagi bagus dari ku,huhu..

Sampai2 umah angah bagitau,
Angah : Achik, tolong basuh ayam tu angah nak peram.
Saya: Ok. (sambil berlalu bawak ayam ke sink)
Umi: Basuh ayam x boleh gitu2, biar bersih kan nak wat makan.... bla2, bla2, dan bla2 lagi.

Saya dah naik heran, napa umi tiba2 boleh membebel ni. Lama jugak sampai la D.Ha menyampuk,

Dik Ha: Umi, basuh ayam nak peram..
Umi: Apa??
Dik Ha: Angah cakap kat Achik tolong basuh ayam tu nak peram, bukan basuh ayam lebih kurang
Umi: Ooo.. umi dengar basuh lebih kurang
Abah : Hehee, ni macam citer P.Ramlee tu la.. Pat Mat Tempe Kena Langgar Motokar..

Kitaorg pun sama gelak ngan Abah.

Keesokan pagi lebey kureng jam 8 lebey kitaorg gerak. Bagi Abah ini adalah lambat kerna kalu Abah yg bawak kitaorg p berkelah kecik2 dulu, lepas Subuh dah gerak coz Abah nak biar kita dapat yang fresh.

* Keta Angah, ni lepas pekan nak ke Hulu Langat

* Tempat dituju, Hutan Lipur Sg.Congkak

* Dah agak ramai masa sampai

 * Huhu, damai jer..

 * Pondok tempat kitaorg berkelah

* Siap main badminton lagi


Lepas main badminton, makan2.. kitaorg jalan2 ke dalam lagi. Kasi can kat Umi ngan Abah,huhu. Nasib baik sungai bukan air terjun, x der la semput nak menapak.

 * Mari kita kacau orang berkemah

Dalam kul 12 kitaorg gerak balik, saya ajak singgah masuk kg kat jalan nak pi Sg.Gabai. Coz situ ada kedai best.. Ni lah kedainya..

Kedai2 dia macam kuih tradisional ada, dan rasanya menepati piawaian. Kitaorg beli kuih bunga2 ni, bahulu gulung sama kerepek pisang.

Saya sama Uda je pernah sampai kedai ni. Bila masuk keta, trus duk makan2 yg d beli. Abah cakap sedap sampai suruh beli lagi, tapi x pusing pun. Tak pe la nanti nak2 dekat raya suruh d.Ha ngan Uda p kedai ni lagi.

Susah nak jumpa kedai yang betul2 sedap buat kuih2 tradisi ni, biasanya terlalu manis la, keras la.. tapi kedai ni rasanya sesedap rasa.

Gerak2, singgah kolam air panas pulak.

* D.Ha tengah cedok air panas
* Kaki ku yang buruk dan tomban
Dalam setengah jam kat situ. Umi bukan main suka, bukan setakat dia siram kaki dia yg tengah rendam tapi sampai kaki saya dia siram. Menggelupur saya kat situ, rendam pun hujung2 je sekali Umi siap siram dari lutut. Panas ooo, tapi memang segar rasanya.
Sambung gerak nak balik, singgah pulak gerai durian. Duriannya memang mantop..
 * Angah bersemangat nak makan durian

 * Abah ngan Umi

* Durian yang berjaya kami kerjakan
Abah x leh makan banyak, lepas makan seulas dua. Abah mintak Angah belikan manggis untuk dia. Lepas tu sambung lagi perjalanan.

Masa ni saya tengah drive, Angah drive keta 1 lagi. Sampai la kat area masjid ni tiba2 abah bersuara..
Abah : Abah rasa dulu dia nak wat airport la kat area ni
Saya : mana Abah tau??
Abah : Tu dah siap buat menara kawalan, lepas tak jadi baru la dia ubah wat menara masjid.
Saya : Yo lah tu..(sambil senyum)

* Menara kawalan
Sampai umah Angah dalam jam 4pm. Uda ngan D.Ha balik umah diaorg terus. Malam tu lepas Maghrib tiba2 Abah ajak balik KB. Plan asalnya esok pagi, so kemas2 dalam 8.30 gerak balik.

Sebelum masuk Karak, Abah mintak singgah Burger King. Nak belikan kat adik yang ditinggalkan kat umah ngan Along. Sian budak SPM, kitaorg pun dulu2 cam tu jugak.. slalu kena tinggal.

Perjalanan lancar cuma sampai Bkt Tujuh area sebelum Merapoh ada lori treler melintang tengah jalan. Cantik, dua2 trafik tak leh nak lalu. Masa nak turun tu memang nampak dari jauh la treler tu. Yang lori2 semua dah turun, saya pun agak2 lama lagi la boleh gerak coz memang tutup jalan.
* Treler x nampak dalam gambar ni, trafik memang x bergerak terus

Tapi dalam 15 minit gitu tiba2 treler tu gerak sendiri, x der yang tarik pun. Abah pun kata macam orang pengsan pulak treler tu, elok je bila bangun. 

Agaknya masa terbabas tu kepalanya terputus sekejap. Treler tu kosong, so mungkin masa turun bukit tu laju. malam tu keta menghala KL banyak coz esok Isnin orang nak keje.
Akhirun kalam,
Sekian

2 comments:

una said...

wah...bestnya jln2...
lame da x p berkelah cm tu....
hahaha~...
so...
skrg ada kt mane nie...? ^_^

Nur said...

Huhu.. mmg kan, bila kita dh besar ni, famili jrg p kelah2 cam ni.. sy kat KB jd penganggur terhormat.. sangap gler smpai nk update blog pn malas,huhu