Friday, July 22, 2011

Kisah 3 Bersaudara

Lama tak menulis, dah 3 minggu sejak last entry.

Ingat lepas entry pasal besday Abah nak citer jugak pasal yang pi KL tu, tapi tak dapat jugak. Biasalah jadi penganggur macam saya ni kan sibuk mengalahkan menteri ;-)

Petang ni dah nak pi KL pulak. Abah ngan Umi sejak pencen suka berjalan ke sana, biasa naik flight pasal Abah dah tak larat nak drive.. nak naik bas Abah mudah mabuk. Makanya sejak saya 'menganggur' dengan senang hatinya sayalah yg drive. Mula2 Abah plan nak pi Johor petang semalam.. duk sana 2-3 hari br pi KL, tapi kerna banyak masalah Johor kasi tunda.

Ops.. meleret2 pulak. Tajuk 3 bersaudara tp ni melalut jauh pulak. Moh la kite citer..

Jumaat yang lepas masa Abah dah nak pi solat, Abah panggil kluar dr bilik.Dia mintak saya tengokkan anak kucing bawah pokok seberang jalan umah kitaorg. Abah minta selamatkan coz dia nak pi Solat Jumaat.

Bila p tengok je sedey woo, ini baru jumpa baby kucing yg dibuang kalu jumpa baby manusia mau banjir tempat tu.

 * 3 beradik, si 'A','B',dan 'C' setelah dibawa balik ke rumah. Ini adalah original kotak masa diaorg kena buang

 * Si 'A'..cian jatuh longkang kat tempat diaorg kena buang.. Tak leh nak criter perasaan masa tgk dia.

 * Dah mandi ngan air panas, muka tak siram cuma lap2 jer..

* Baby 'A' dibalut lepas mandi

* Si 'A'.. tgh makan
 * Baru nampak muka.. tgh grooming

* 'A' tengah nak tidur.. 'B' dan 'C' dah start main
* Abang Remi menegur ahli baru.. 

Remi ni kool je, kalu budak2 kacau lebih2 baru dia sound. Kalu x dia rilek jer, lepak ngan budak2 ni. Yg lain, terutamanya Niki dari jauh lagi dah keluar sound x suka. 

 
 * 'B' minum susu.. tapi diaorang tak brapa trima jugak walau dah 2 jenis beli. Minum kena paksa, sendiri rela tarak.

 * 'A' dan 'B' tengah bersantai

Si 'A' cuma dapat bersama keluarga ini dalam 3 hari, kemuadian dia meninggal di suatu pagi.. sob3... Umi cakap mungkin air dah masuk dalam paru2 masa dia jatuh longkang hari tu. Yang lain pun x der la sihat sangat, mungkin sbb semalamam dah diaorg kesejukan malam kena buang tuh. Abah pesan nnt cukup sebulan bawak pi inject vaksin.

Memang sengaja tak bagi nama lagi coz tak nak terlampau sedey bila jadi cam 'A'.

Diaorang ni unik coz jari semua lebih 1, so jalan macam gajah. Si 'A' lagi la spesel coz dia jenis bulu lebat.

* Tapak kaki yang unik sangat
Manusia, manusia.. kenape la kejam buang mereka di tempat yang tak sepatutnya,dah la tanpa ibu. Umur macam ni mmg memerlukan susu ibu sangat2. Ini lah sebabnya kucing2 perlu di 'Spay/Neuter'. Supaya x berlaku pembuangan2 seperti ni. Benda ni dibolehkan Islam supaya kita tidak bertindak zalim apabila kelahiran tidak dapat dikawal. 

Kat umah ni tinggal seekor yang belum di Neuter, si Bella yang sekarang tgh pregnant.. Ada hikmah bila kita Neuter kucing yang di bela, kerna di masa hadapan kita boleh menyelamatkan kucing terbiar yang lain pula..
Sedey woo bila jadi cam ni..

Dah la sedey2, yok layan gambar Remi sebagai penutup.

No comments: