Saturday, July 2, 2011

Abah...


30hb Jun yang lepas besday Abah. Dia awal2 dah pesan tak nak kek. Bukan sekali bahkan berkali2 dan hampir pada semua org dia pesan...  Nak sambut besday cam ner ni kalu x beli kek ni. Maka besday abah hari tu kami berjamu nasi Mandi dari Tarbush je la. Abah ni nasi2 Arab ni mmg febret dia la.

Petang tu jugak saya, umi dan Along nak gerak ke K.L. Sepanjang hari tu saya x wish lagik Happi Besday kat Abah, orang lain pagi2 lagi dah selesai. Akhirnya bila salam nak bertolak baru wish, tu pun cuma ucapan Selamat Hari Lahir... huhu sangat teruk kan. Saya x pandai terjemah dgn kata2 maka biarlah di sini saya meninta sahaja.

 * Abah tengah makan nasi Mandi

Abah Selamat Hari Lahir ke-58, moga diberikan kesihatan yg baik dan diberi rahmat di dunia dan akhirat.

Terima kasih Abah kerana:
  1. Semasa kecil, sudah seluruh semenanjung Abah dengan gigihnya memandu kereta hanya untuk membuat anak2mu gembira tika tiba cuti sekolah.
  2. Mengajar kami mencintai ilmu dan belajar tentang dunia dgn mengajak kami menonton dokumentari, berita dan membaca akhbar setiap hari.
  3. Membawa saya bersama ketika Abah bermain badminton dan turut mengajar saya bermain sehingga dapat mewakili daerah.
  4. Memberi segala kelengkapan persekolahan dan harian dengan sempurna malah tak pernah berkira.
  5. Sentiasa mengajak saya menonton sukan dengan Abah dan paling saya ingati bila tengok bola jgn la duk sebelah Abah sbb tangan Abah asyik bergerak bila bola x masuk.
  6. Dan banyak lagi perkara yang tak mungkin dapat saya balas...
Maaf kerna x dapat mengucapkan betapa bermaknanya Abah dalam hidup Achik tika hari lahirmu. 

Akhirun Kalam,
Achik Sayang Abah :-)

No comments: