Friday, January 13, 2012

Perjalanan Di Tahun Baru

Lama giler tak menulis, harapnya dengan ketibaan tahun 2012 akan berubah dan lebih rajin meninta di sini (walaupun hari ni dah pun 13 Januari 2012..huhu).
 
Bukan apa dulu bukak blog supaya ada la juga tempat boleh dicatatkan kenangan, mana lah satu hari nanti saya terus kehilangan ingatan. Sekarang pun saraf-saraf di kapla ini dah menunjukkan ketintongan. 

Dalam 2 tahun ni banyak perjalanan baru dalam hidup tapi semua terperam jer, dan 2011 terutamanya adalah tahun kelam diri ini, huhu.. Dah hampir setahun juga menganggur.. sob2. 

2012, diri ini akan mencapai suku dekad, pada usia sebegini orang lain makin maju ke depan  tapi diri ini masih meraba dalam kegelapan. Dari segi peribadi, kerjaya mahupun insaniah tiada apa yang berubah. 

Tetapi diri ini mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan. Selagi mampu menghela nafas janganlah kufur dari mensyukuri pemberian-Nya, kerna nikmat diberikan-Nya tidak terkira. 

Panjangnya melalut. Ok lah post pertama tahun ni tentang perjalan ke Temasik.. klasik kan bunyik nama Temasik.Dari 2-4 Januari kami ke Selatan tanah air kerna En.Ahmad Nazeem yang baik hati nak belanja pi Universal Studio Singapore. 

Saya dan adik bertolak dari K.B menaiki train ke J.B pada petang tahun baru dengan menaiki Blue Tiger Ekspress yg baru beroperasi. Layan gmbar yok....



Ambik tempat tido, selesa sikit.. lagipun nnt sampai JB boleh jalan2 terus. Ok lah Blue Tiger ni cuma harga tiket mahal dlm RM10 untuk semua kelas berbanding dengan ekspess2 lain yg ke JB.

Ini kelas yang paling mahal.. ratus2 juga. Kitaorg duk 2nd class jer, tapi  train lama bilik 1st class lagi luas dan blh duk 2 org, yg ni blh duk sorang jer..

Dah lama sangat membuta sampai Gemas lapar, makanya...


Haha mmg kaki melantak, pukul 2-3 pagi boleh dengan gigihnya ke cafe  yg terletak plg hujung koc nya.. .staf yg jaga pun takjub melihat kegigihan kitaorg sbb masa kami sampai dia bukan main sedap lagi diulit mimpi.

Hanya kami berdua je lepas tu, agaknya staf tu smbung tido balik. Masa ni kalu nak main rembat je makanan lain pn boleh, tp tak la buat.. huhu. Lama jugak lepak borak2 ngan Adik kat sini, adalah sejam.

Pastu sambung tido...


Lepas Subuh dah boleh tgk matahari terbit menyinari JB, senang amik tempat tido ni kalu nak solat x yah cari surau... solat sambil duduk je atas katil.
Awal jugak sampai, iyelar ketapi baru x banyak prob lagi.. Ni lah rupa koc Blue Tiger hadiah dari  kerajaan Jepun. (patutnya brg dapat hadiah janganlah caj tiket mahal2 sgt).

Turun2 terkejut, cantik dah stesen JB ni. Dulu last datang tahun 2005 atau 2006 x berapa nak ingat, stesennya kecik jer.

Masa tu naik dari KL-JB, first time turun JB setelah dewasa dan sorang2 pulak tu coz nak jumpa kawan yg blaja kat sini. Sekarang stesennya dah macam KL Sentral (nama pn JB Sentral)

Turun je train, jmpa Angah ngan membernya(diaorg gerak dr KL), bersihkan diri lebih kurang, sarapan.. park keta Angah kat JB Sentral, naik bas terus...


Menyeberang tambak ke Singapore.. dlm gmbr bangunan ICQ Woodland..

Rancangan utama hanya bermula esok 3/1  tapi dah alang2 kat JB ni, masuk Singapore jalan2 la..Dan saya dengan bangganya tak bawa 1 dollar pun time masuk nih.... biasa la miskin.





Singapore sangat lengang walaupun hari tu 2/1 sebabnya new year jatuh hari Ahad so 2hb cutilah lagi.. Dan yg palik unik diaorg mmg cuti sungguh2, mmg sikit kedai buka... even Burger King pun tutup.

Marina Sand Bay...


Adik ku yang tengah tunggu result SPM..




Merlion... siap ada orang photoshoot wedding pulak masa tu..


Bunga unik jumpa masa jalan2.. baunya sangat menusuk hidung

Esplanade..

Terowong bawah esplanade

Port budak2 duk shuffle


Balik JB kitaorg guna MRT ke Woodland pastu sambung naik bas ke JB.. masa dtg naik bas dari JB turun kat Bugis, pastu baru naik MRT. Lebih jimat guna trip yg masa dtg sebenarnya..

Sampai JB lebih kurang kul 4pm.. tapau2 makanan, terus p Danga Bay untuk check-in hotel.

Duk Tune Hotel sangat selesa dan menjimatkan. Ni Tune Hotel ke-3 pernah duduk.. sebelum ni pernah duk kat Kuching ngan K.K punyer.. yg duk Kuching tu masa backpackers sorang2 kat sana masa 2010.

Nnt kalu rajin akan postkan..(giler punya basi daa)

Ok la b'balik pada citer asal, sy duk sebilik ngan adik.. Angah pulak duk ngan member dia. Penginapan ini pun tajaan En.Ahmad Nazeem, abang yang sangat pemurah.. (lain kali belanja la kitaorg jln2 lg yer).

Oh ya gmbar kuih atas katil yg byk2 ni adalah hadiah dr akak jual kuih kat JB Sentral.. kitaorg beli sikit jer, tp dia bermurah hati nak bg byk.. Tima kacih yaa..

Malamnya saya ngan adik pinjam keta angah p tukar duit ngan ronda2 kat bandar JB.. sorang 10 dollar cukupla.. hehe, bajet. Nak wat beli cenderamata dan untuk kecemasan jer..


Keesokannya seawal 7 pagi kami dah naik bas shuttle dr Tune ke Universal Studio. Bas akan bergerak balik pada jam 7.30 mlm.. .

Sampai2 kawasan tu lengang jer, iyalah sampai kul 8 lebey.. Globe USS ni pun x berpusing lagi.. Dah sampai awal tu ronda2 Sentosa Island la dulu..


Ke kasino yok..


Antara impian saya adalah untuk naik Cruise.. huhu






Tepat kul 10 berduyun orang masuk.. tapi ok la, x der ramai sangat. Masuk jer terus menuju Transformer 3D Ride, masuk terus dpt naik. Ride2 yang lain pun x der la lama benar beratur, paling max pun beratur ari tu 15minit... suka2














Cair.. dan sangat mengiurkan.. haha








Memang sangat seronok.. cuma x best nya USS ni, tak  disediakan prayer room. Kat Changi Airport pun ada sediakan... prayer room n x macam surau, terbuka semua leh guna.

Setengah orang solat je kat tepi2 bangunan atau tempat2 tersorok, tp kami solat Jamak kat dalam baby room.. hahaha menyalahgunakan kemudahan. Dah la kat kul 7 masa tuh, nasib baik Maghrib lewat.

Ride x ley lupa rollercoaster kat Ancient Egypt.. gelap, laju dan menakutkan. Pahtu sambung pulak naik rollercoaster yg merah ngan biru tuh.. cantik naik tiga berturut2. Ting-tong sekejap lps tuh..Dah la yg merah tu ada pusingan 360 deg..

Lepas c/out 4hb terus gerak balik KL.. singgah jap Ayer Hitam beli kerepek. Malam 5hb, saya ngan Adik naik train balik KB dari KL Sentral.

Lama betul tak naik Ekspres Wau..

Gmbr bawah ni beza 2nd class Wau ngan Blue Tiger.. Wau laluannya kat tengah antara katil2, Tiger lak kat tepi dan setiap slot ada 4 katil.




Sekian...


No comments: