Wednesday, July 27, 2011

Jalan2 KL.. 23 Julai


Huhu dah 2 hari balik dari KL baru ada kesempatan nak tulis. Hari Sabtu hari tu sampai dalam kul 4pagi. Balik KB pulak sampai pagi Isnin kul 3.30 pagi.Short trip sungguh. Gi KL tu macam dekat jer.


Ni gambar pekan Bentong kat2 kul 3 pagi. Masa ni Abah berenti sebab nak suruh saya drive pulak. Sy dah drive dari umah sampai G.Musang pastu Abah drive, kemudian sampai Bentong tukar balik.
Biasa lalu Highway MEX tapi awal pagi jalan sunyi so lalu jalan non-toll, ikut Kinrara-Puchong jer.  Kalu nak lalu jln ni waktu2 biasa, belengas dulu la baru sampai umah Angah.

Taman Putra Perdana ni kawasan je dalam Puchong tapi sebenarnya lebih dekat ngan Cyberjaya. Sampai sana lepas Subuh terus saya terbongkang sampai kul 11 jugak. 

Dalam tengah hari D.Ha ngan Uda sampai dari umah diaorg d Sg.Besi. Abah ajak sy ngan D.Ha p kenduri kawin kawan anak dia di Bkt. Jelutong, kitaorg macam terpinga2 coz x der baju kurung. 

Kalu cakap awal2 blh D.Ha bawak baju dr umah dia. Bersungguh2 Abah ajak sampai offer nak belikan baju kurung kat Plaza Alam Sentral.Last2, geledah tong baju kat umah Angah tu jumpa baju2 kurung ku. Siap ada 3 pasang lagi. So bagi D.Ha sepasang. Dalam kul 1 kitaorg gerak.   

Dik Ha tengah mengisi minyak keta dia dengan gumbira coz Abah sponsor. Senang je nak cari dewan tempat kenduri kawin ni, lagipun saya pun dah familiar dengan area2 S.Alam masa keje kat sini dulu.

 Ni lah Dewan Guthrie, Bukit Jelutong.Sebelum masuk Abah pesan jangan lama2 duk situ sampai 2.15 jer. Bayangkan kitaorg sampai pun kul 2.

* Pasangan pengantin 

 * Nasi yang saya ambik, selain nasi minyak.. nasi dagang pun ado

Tak der makna nak gerak 2.15, Abah dah jumpa member2 dia bukan main lagi bersembang. Biasa la orang dah pencen, majlis2 cam ni je la peluang nak jumpa member2. Semua member dia kat KL terkejut sebab Abah turun dari KB. Yg pic atas ni, member baik Abah ngan bakal jadi besan kalu jadi, Insyaallah.

Balik Bkt. Jleutong kitaorg singgah Subang gi umah sepupu kat SS14. Sampai umah dalam kul 4 lebih. Malam Abah ajak p umah bapa sedara kitaorg, W.Masadi yg turun dari Johor hjg mggu tu jugak.
 
Tengah lintas jalan nak pi umah Wak Masadi. Umah dia depan apartment Angah jer, cuma dia atas blok umah kedai. Rumahnya tinggal kosong, bila dioarg turun dr Segamat baru la b'penghuni. W.Masadi pun dah pencen so macam Abah jugak boleh turun KL selalu.

Balik dari umah, angah ajak beli barang coz dia nak ajak p berkelah kat Hulu Langat esok. Saya ngan D.Ha ikut angah beli barang, Beli barang2 umi nak wat mihun putih ngan beli ayam mentah Angah nak buat ayam KFC, ngan Angah ni suka masak, dan dia lagi bagus dari ku,huhu..

Sampai2 umah angah bagitau,
Angah : Achik, tolong basuh ayam tu angah nak peram.
Saya: Ok. (sambil berlalu bawak ayam ke sink)
Umi: Basuh ayam x boleh gitu2, biar bersih kan nak wat makan.... bla2, bla2, dan bla2 lagi.

Saya dah naik heran, napa umi tiba2 boleh membebel ni. Lama jugak sampai la D.Ha menyampuk,

Dik Ha: Umi, basuh ayam nak peram..
Umi: Apa??
Dik Ha: Angah cakap kat Achik tolong basuh ayam tu nak peram, bukan basuh ayam lebih kurang
Umi: Ooo.. umi dengar basuh lebih kurang
Abah : Hehee, ni macam citer P.Ramlee tu la.. Pat Mat Tempe Kena Langgar Motokar..

Kitaorg pun sama gelak ngan Abah.

Keesokan pagi lebey kureng jam 8 lebey kitaorg gerak. Bagi Abah ini adalah lambat kerna kalu Abah yg bawak kitaorg p berkelah kecik2 dulu, lepas Subuh dah gerak coz Abah nak biar kita dapat yang fresh.

* Keta Angah, ni lepas pekan nak ke Hulu Langat

* Tempat dituju, Hutan Lipur Sg.Congkak

* Dah agak ramai masa sampai

 * Huhu, damai jer..

 * Pondok tempat kitaorg berkelah

* Siap main badminton lagi


Lepas main badminton, makan2.. kitaorg jalan2 ke dalam lagi. Kasi can kat Umi ngan Abah,huhu. Nasib baik sungai bukan air terjun, x der la semput nak menapak.

 * Mari kita kacau orang berkemah

Dalam kul 12 kitaorg gerak balik, saya ajak singgah masuk kg kat jalan nak pi Sg.Gabai. Coz situ ada kedai best.. Ni lah kedainya..

Kedai2 dia macam kuih tradisional ada, dan rasanya menepati piawaian. Kitaorg beli kuih bunga2 ni, bahulu gulung sama kerepek pisang.

Saya sama Uda je pernah sampai kedai ni. Bila masuk keta, trus duk makan2 yg d beli. Abah cakap sedap sampai suruh beli lagi, tapi x pusing pun. Tak pe la nanti nak2 dekat raya suruh d.Ha ngan Uda p kedai ni lagi.

Susah nak jumpa kedai yang betul2 sedap buat kuih2 tradisi ni, biasanya terlalu manis la, keras la.. tapi kedai ni rasanya sesedap rasa.

Gerak2, singgah kolam air panas pulak.

* D.Ha tengah cedok air panas
* Kaki ku yang buruk dan tomban
Dalam setengah jam kat situ. Umi bukan main suka, bukan setakat dia siram kaki dia yg tengah rendam tapi sampai kaki saya dia siram. Menggelupur saya kat situ, rendam pun hujung2 je sekali Umi siap siram dari lutut. Panas ooo, tapi memang segar rasanya.
Sambung gerak nak balik, singgah pulak gerai durian. Duriannya memang mantop..
 * Angah bersemangat nak makan durian

 * Abah ngan Umi

* Durian yang berjaya kami kerjakan
Abah x leh makan banyak, lepas makan seulas dua. Abah mintak Angah belikan manggis untuk dia. Lepas tu sambung lagi perjalanan.

Masa ni saya tengah drive, Angah drive keta 1 lagi. Sampai la kat area masjid ni tiba2 abah bersuara..
Abah : Abah rasa dulu dia nak wat airport la kat area ni
Saya : mana Abah tau??
Abah : Tu dah siap buat menara kawalan, lepas tak jadi baru la dia ubah wat menara masjid.
Saya : Yo lah tu..(sambil senyum)

* Menara kawalan
Sampai umah Angah dalam jam 4pm. Uda ngan D.Ha balik umah diaorg terus. Malam tu lepas Maghrib tiba2 Abah ajak balik KB. Plan asalnya esok pagi, so kemas2 dalam 8.30 gerak balik.

Sebelum masuk Karak, Abah mintak singgah Burger King. Nak belikan kat adik yang ditinggalkan kat umah ngan Along. Sian budak SPM, kitaorg pun dulu2 cam tu jugak.. slalu kena tinggal.

Perjalanan lancar cuma sampai Bkt Tujuh area sebelum Merapoh ada lori treler melintang tengah jalan. Cantik, dua2 trafik tak leh nak lalu. Masa nak turun tu memang nampak dari jauh la treler tu. Yang lori2 semua dah turun, saya pun agak2 lama lagi la boleh gerak coz memang tutup jalan.
* Treler x nampak dalam gambar ni, trafik memang x bergerak terus

Tapi dalam 15 minit gitu tiba2 treler tu gerak sendiri, x der yang tarik pun. Abah pun kata macam orang pengsan pulak treler tu, elok je bila bangun. 

Agaknya masa terbabas tu kepalanya terputus sekejap. Treler tu kosong, so mungkin masa turun bukit tu laju. malam tu keta menghala KL banyak coz esok Isnin orang nak keje.
Akhirun kalam,
Sekian

Friday, July 22, 2011

Kisah 3 Bersaudara

Lama tak menulis, dah 3 minggu sejak last entry.

Ingat lepas entry pasal besday Abah nak citer jugak pasal yang pi KL tu, tapi tak dapat jugak. Biasalah jadi penganggur macam saya ni kan sibuk mengalahkan menteri ;-)

Petang ni dah nak pi KL pulak. Abah ngan Umi sejak pencen suka berjalan ke sana, biasa naik flight pasal Abah dah tak larat nak drive.. nak naik bas Abah mudah mabuk. Makanya sejak saya 'menganggur' dengan senang hatinya sayalah yg drive. Mula2 Abah plan nak pi Johor petang semalam.. duk sana 2-3 hari br pi KL, tapi kerna banyak masalah Johor kasi tunda.

Ops.. meleret2 pulak. Tajuk 3 bersaudara tp ni melalut jauh pulak. Moh la kite citer..

Jumaat yang lepas masa Abah dah nak pi solat, Abah panggil kluar dr bilik.Dia mintak saya tengokkan anak kucing bawah pokok seberang jalan umah kitaorg. Abah minta selamatkan coz dia nak pi Solat Jumaat.

Bila p tengok je sedey woo, ini baru jumpa baby kucing yg dibuang kalu jumpa baby manusia mau banjir tempat tu.

 * 3 beradik, si 'A','B',dan 'C' setelah dibawa balik ke rumah. Ini adalah original kotak masa diaorg kena buang

 * Si 'A'..cian jatuh longkang kat tempat diaorg kena buang.. Tak leh nak criter perasaan masa tgk dia.

 * Dah mandi ngan air panas, muka tak siram cuma lap2 jer..

* Baby 'A' dibalut lepas mandi

* Si 'A'.. tgh makan
 * Baru nampak muka.. tgh grooming

* 'A' tengah nak tidur.. 'B' dan 'C' dah start main
* Abang Remi menegur ahli baru.. 

Remi ni kool je, kalu budak2 kacau lebih2 baru dia sound. Kalu x dia rilek jer, lepak ngan budak2 ni. Yg lain, terutamanya Niki dari jauh lagi dah keluar sound x suka. 

 
 * 'B' minum susu.. tapi diaorang tak brapa trima jugak walau dah 2 jenis beli. Minum kena paksa, sendiri rela tarak.

 * 'A' dan 'B' tengah bersantai

Si 'A' cuma dapat bersama keluarga ini dalam 3 hari, kemuadian dia meninggal di suatu pagi.. sob3... Umi cakap mungkin air dah masuk dalam paru2 masa dia jatuh longkang hari tu. Yang lain pun x der la sihat sangat, mungkin sbb semalamam dah diaorg kesejukan malam kena buang tuh. Abah pesan nnt cukup sebulan bawak pi inject vaksin.

Memang sengaja tak bagi nama lagi coz tak nak terlampau sedey bila jadi cam 'A'.

Diaorang ni unik coz jari semua lebih 1, so jalan macam gajah. Si 'A' lagi la spesel coz dia jenis bulu lebat.

* Tapak kaki yang unik sangat
Manusia, manusia.. kenape la kejam buang mereka di tempat yang tak sepatutnya,dah la tanpa ibu. Umur macam ni mmg memerlukan susu ibu sangat2. Ini lah sebabnya kucing2 perlu di 'Spay/Neuter'. Supaya x berlaku pembuangan2 seperti ni. Benda ni dibolehkan Islam supaya kita tidak bertindak zalim apabila kelahiran tidak dapat dikawal. 

Kat umah ni tinggal seekor yang belum di Neuter, si Bella yang sekarang tgh pregnant.. Ada hikmah bila kita Neuter kucing yang di bela, kerna di masa hadapan kita boleh menyelamatkan kucing terbiar yang lain pula..
Sedey woo bila jadi cam ni..

Dah la sedey2, yok layan gambar Remi sebagai penutup.

Saturday, July 2, 2011

Abah...


30hb Jun yang lepas besday Abah. Dia awal2 dah pesan tak nak kek. Bukan sekali bahkan berkali2 dan hampir pada semua org dia pesan...  Nak sambut besday cam ner ni kalu x beli kek ni. Maka besday abah hari tu kami berjamu nasi Mandi dari Tarbush je la. Abah ni nasi2 Arab ni mmg febret dia la.

Petang tu jugak saya, umi dan Along nak gerak ke K.L. Sepanjang hari tu saya x wish lagik Happi Besday kat Abah, orang lain pagi2 lagi dah selesai. Akhirnya bila salam nak bertolak baru wish, tu pun cuma ucapan Selamat Hari Lahir... huhu sangat teruk kan. Saya x pandai terjemah dgn kata2 maka biarlah di sini saya meninta sahaja.

 * Abah tengah makan nasi Mandi

Abah Selamat Hari Lahir ke-58, moga diberikan kesihatan yg baik dan diberi rahmat di dunia dan akhirat.

Terima kasih Abah kerana:
  1. Semasa kecil, sudah seluruh semenanjung Abah dengan gigihnya memandu kereta hanya untuk membuat anak2mu gembira tika tiba cuti sekolah.
  2. Mengajar kami mencintai ilmu dan belajar tentang dunia dgn mengajak kami menonton dokumentari, berita dan membaca akhbar setiap hari.
  3. Membawa saya bersama ketika Abah bermain badminton dan turut mengajar saya bermain sehingga dapat mewakili daerah.
  4. Memberi segala kelengkapan persekolahan dan harian dengan sempurna malah tak pernah berkira.
  5. Sentiasa mengajak saya menonton sukan dengan Abah dan paling saya ingati bila tengok bola jgn la duk sebelah Abah sbb tangan Abah asyik bergerak bila bola x masuk.
  6. Dan banyak lagi perkara yang tak mungkin dapat saya balas...
Maaf kerna x dapat mengucapkan betapa bermaknanya Abah dalam hidup Achik tika hari lahirmu. 

Akhirun Kalam,
Achik Sayang Abah :-)

Sunday, June 26, 2011

Hari Terbuka TUDM Gong Kedak

Beberapa hari yg lepas terbaca banner hari terbuka ni kat area Kubang Kerian. Oleh kerna saya tau Abah memang meminati Air Force so ajak Abah pegi. Abah on jer, maka cari la aturcara proram melalui internet dan print. So lepas tgk jadual, Abah decide nak p kul 7.30pagi. Awal ok, dah la sy ni jenis tido balik lps Subuh.

Makanya ari Jumaat 24 Jun, pagi2 lg sy dah siap. Sbb Abah orangnya sgt menepati masa. Tapi bertolak kul 8 jugak sbb Abah balik lewat dr masjid, Jumaat biasala ada tazkirah. Kami pegi berempat ke Gong Kedak, saya(drebar), Abah, Umi, dan kak Yati (sepupu). Sampai dlm 9 lebih dan balik kul 11 lebey gitu.  

Layan gambar: 

*Ni jln dlm pangkalan TUDM, first time dpt masuk tmpat cam ni.

* Banner Event

* Lengang jer masa mula2 sampai
* Antara yang dipamerkan

* Bahagian dalam, orang awam boleh masuk.. 
* Band TUDM..

* Payung terjun tgh beraksi

* Masa perasmian ni, 5 penerjun membawa bendera mewakili unit dlm tentera
* Acara main2 bom, kuat giler  bunyinya..

* Penerjun2 selepas acara perasmian, yg ni diaorg wat stunt sikit
* Pertunjukan unit tempur tanpa senjata, gerakan cool..

 * Siap bergolek2 lagi, sakit tu... setiap kali diorg hempas badan bunyi pun scary 

* Mari melompat..

 * Nuri pun ada, boleh masuk tgk dlm..

 * Hangar dan pesawat..

 * Kenderaan tentera.. ada Ben 10 sesat pulak..

 * Kenderaan ni pun cool, tah nape tentera ni wat muka cam tu..

* Hercules tgh berlepas..

 * Sukhoi pulak..

* Sangat suka ini...


Masa nak balik masih ramai yg baru sampai, rugi dtg lewat sbb byk acara yg best2 waktu pagi. Hari terbukanya 2 hari sampai Sabtu, kalu p Sabtu rilek skit x perlu terkejar nak balik. Kami p Jumaat sbb Abah ada flight ke KL malamnya.

Sangat seronok d sana, tp masa Sukhoi wat performance kitaorg dah on the way balik. Gong Kedak ke KB sejam jugakla perjalanannya, abah pun mesti nak rest sblum p solat Jumaat.  


Akhirun kalam,
Saya Pun Sangat Suka Air Force :-)