Friday, June 17, 2011

Salam Jumaat

Alhamdulillah, selamat sampai ke K.B pagi tadi. Perjalanan ok, cuma lepas tukar second driver agak terganggu sikit. Punyalah laju dia bawak, masa kat selekoh terasa macam.. Fuhh,seram semacam. Second driver ni masih muda b'banding yg pemandu sorang lagi... so cara pemanduannya agak seram dan bahaya.

Bila balik K.B ni baru perasan banyak program agama kat TV pada hari Jumaat, so tiba2 ras nak tulis ttg keagamaan. Saya bukanlah seorang yg sempurna tapi sebagai hamba sy sentiasa berusaha mencari redha Allah. Bahkan dosa saya ni terlalu banyak, nak cium bau syurga pun x layak. Zaman muda2 dulu teruk bebenor perangainya, even sekarang pun lebih kurang ajer. 

*Aku Adalah Budak Yang Sangat Nakal Dulu

Salah satu cara sy sekarang ni utk baiki diri berbanding yg dulu, ialah dengan membaca tafsir. Dulu2 jarang baca Al-Quran. Klau baca pun stakat baca je la, x pernah nak memahami maksudnya. Sekarang pun kalu rajin ajer bacanya, masih belum lg berjaya menerapkan sbg amalan harian... Ayooo banyak teruk la saya ini!

Beberapa hari yg lepas sy ada membaca tafsir surah An-Nisa yg amat menarik perhatian saya .

Ini adalah tafsir tersebut : 

92: Dan tidak sepatutnya seorang Mukmin membunuh seorang Mukmin (yang lain) kecuali kerana keliru, dan sesiapa terkeliru membunuh seorang Mukmin, maka (hendaklah) dia memerdekakan seorang hamba yang beriman dan membayar ‘diah’ (ganti-rugi) yang diberikan kepada keluarganya (orang yang terbunuh), kecuali mereka (keluarga tersebut) menyedekahkan (membebaskan si pembunuh daripada membayar diah). Tetapi jika  dia (orang yang terbunuh) itu seorang Mukmin daripada kaum yang memusuhi kamu, maka hendaklah memerdekakan hamba yang beriman. Dan jika dia (orang yang terbunuh) itu daripada kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) dengan kamu, maka (hendaklah) membayar diah yang diserahkan kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Sesiapa (si pembunuh) yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa selama dua bulan berturut-turut sebagai (peraturan) taubat daripada Allah. Dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).  

93: Dan sesiapa membunuh seorang Mukmin dengan sengaja, balasannya ialah Neraka Jahanam, kekal dia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya dan Dia (Allah) sediakan seksaan yang besar untuknya.

(Surah An-Nisa: Ayat 92-93)

Agaknya kalu yg bertelagah dan berbunuhan sesama muslim tu mengkaji ayat ini, mungkin kita jadi umat yg bersatu dan aman. Kerna hidup kita akan berlandaskan prinsip2 Islam yang sungguh sempurna, bukan berpaksikan dunia dan nafsu semata2.

Kita harus sedar kita semua adalah bersaudara.

Akhirun Kalam,
Sungguh Indahnya Al-Quran.

No comments: