Thursday, June 23, 2011

Remi Yang Macho

Ahad lepas, 19 Jun bawak Remi p klinik cabut gigi. Tapi lupa plak nak amik gambar kenangan sblm cabut tu.. taring pun lupa nk mintak balik dari doc. 

Remi ni salah satu kucing kat umah dan saya sangat cintakkk sama dia walaupun dia x comel. 


Ni gmbo lama dia. Masa ni gigi taring kanan tu baru bersiong 45' tp minggu lepas makin teruk.. dah jadi 180' sbb dia gaduh ngan kucing lain. Bayangkan gigi taring tertanjak ke depan, nak makan pun nmpak seksa..

Dia jadi cam tu sbb masa tahun 2007  dia kena Sampar, ini menurut klinik pertama yg kami bawak la.. tp bila hantar klinik lain.. kata eksiden pulak.Masa mula2 tgk keadaan dia mmg kami syak eksiden sbb ..



Berdarah giler.. scary ok. Sampai nanges2 tuannya. Sanggup tahun 2007 tu, cancel p Year End Trip ngan famili coz nak jaga abang Remiku... sob2. 

Klinik first diagnos penyakit Sampar berdasarkan bau mulut dia dan keadaan darah keluar dari rongga2 badan tu. Menurut kata Abah, penyakit ni mmg biasa kena kat ayam, . tapi x tau pulak blh kena kat kucing. 

X tau la klinik mana yg betul, tapi lepas kejadian tu.. Ada bawak Remi p klinik kedua sbb nak mintak tlg cabutkan gigi dia, kesian.. mulut pun jadi buruk sbb x leh tutup rapat. Tapi doc kata x blh sbb katanya  susah dgn saraf la, gigi dia x cam manusia la dan apa la lagi... 

Tapi oleh kerana keadaan gigi Remi makin teruk dan makan pun kurang, bawakla ke klinik pertama balik. Dan tanpa byk bicara boleh cabut pulak gigi tu.. Sian Remi brapa tahun tdrseksa ngan giginya tu. 

Ni lah gmbr lps blik klinik..


Cian.. letih bebenor. Yang nampak kotor2 kat lantai tu darah dari gigi dia la. Masa ni kesan bius x abis lagi, tu yg jadi terlentang cam ni. 

Doc mmg x jahit gusi tempat cabut sbb takut dia p rabakkan mulut dia ngan tangan. So kena tggu bnda tu tutup sendiri. Hari ni pun dah nampak kering elok, riang ria je dia. Makan pun bukan main selera.


Si comelku, Remi. Jmpa dia waktu hujan dgn luka kat tekak kat Putra Heights(umah angah). Sekarang hidup bahagia d umah Abah kat Kelantan ni.

Akhirun Kalam,
Sayang Remi Sangat2

No comments: