Thursday, June 16, 2011

Liga Super dan Putra Perdana

Yihaaa.. semalam Kelantan berjaya menumpaskan Perak 1-0.
Satu game jer lagi, kalu kita berjaya menang di Sabah utk game terakhir maka dapatlah The Red Warrior menjulang Piala Liga Super.

Lupakan sahaja kenangan pahit Piala F.A tempoh hari.

* Go More Kelate Go More

Itu kisah Liga Super, ptg semalam gerak ke Putra Perdana,Puchong.
Motif?? Amik barang2 kat umah Angah. Khamis ni nak balik Kelantan dah.

Tup, Tap, Tup, Tap.. Dah kat ngan sebulan dok KL ni.
Dapat kontrak baru ngan Along... ngecat umah dia.

Sebelum ni kontrak jadi House Guard rumah Angah selama dia kena b'tugas kat Jepun. Patut Angah balik 18 Jun ni tapi kena sambung bertugas sampai Julai. Tapi x per payment bibik dah dapat walaupun x de la duk umah dia sangat.. parents x bagi duk sorang2, bahaya.

So banyak duduk Kg Malaysia, kat umah Uda.
* Saya yg Bear(pemalas dan besar) ni jadi bibik

Gerak keluar dr umah kul 3 lebih, park kat TBS then naik LRT ke Hentian Putra. Gi beli tiket bas utk Khamis ni. Kalu balik Klate mmg biasa Perdana Ekspress la sbb selesa dan perhentiannya ada kat ngan rumah.

Lepas selesai, gerak ke bus stop untuk ke Putra Perdana, Puchong. First time ni nak naik bas ke sana, selalu naik keta. So main redah je ke area Masjid Jamek sebab ingatkan kena naik kat situ. Rupanyer kena naik kat Pasir Seni so menapak la ngan gigihnya ke sana.

Tggu dalam 10 minit, kmudian smpaila bas U69 ke P.P'dana. Mak aih mahal rupanya tiket Rapid sekarang. RM3 one way, dulu masa Angah duk Putra Heights bas Rapid ni RM2 jer seharian. X kira la naik turun byk mana.

Sampai sana dlm 6 lebih.. lepak tengok Nora Elena, kemas2 barang.. lepas Isyak gerak ke port bas utk balik KL. Port nye dekat je ngan umah, menapak 5 minit je. Tgk situ dah ada 2 bas so ingat x lama la kena tunggu. Sekali hampir 30 minit la jugak, sebabyer..

* Ni la bas U69 sempat snap sebelum naik

Kena tggu bas ke 3 sampai.. yg gerak lepas tu pun bas yg baru sampai ni. Yang lagi 2 mmg dah abis shift agaknya.. walaupun baru kul 9 lebih.

Sampai KL dalam 10 lebey.. masa lalu Pasar Seni atau C.M baru perasan tmpat tu dah lain berbanding last skali pergi.. Kat lorong tengah dah makin cantik, gerai2 pun lawa. Masa siang x perasan sbb lalu jln belakang.

* Wajah C.M sekarang..

Masa tgh snap gambar ni, ada sorang minah ni datang, tanya mana boleh beli top up. Ye lah masa tu dah kat ngan 11pm so bayak kedai dah tutup. Dia tadi naik bas sekali, so sruh dia follow saya menuju Masjid Jamek coz area tu byk 7-E. On the way ke sana dia kata dia lari dr umah sbb gaduh ngan suami, dah gaduh tu x tau mana tuju maka dia ternaik bas ke KL.

Dia ada mintak tumpang umah 1 malam, esk dia akan balik Putra Perdana balik, tp sy x berani sbb rumah Uda. Sampai area Masjid Jamek sy tunjukkan dia kedai 7-E, mgkin dia nak beli top-up nak tepon member kat KL ni. Saya sempat pesan dia kalau x der tempat jugak, tido la kat dlm Masjid Jamek tu. Minah ni dlm 30-an dan org Indonesia.

Masa menyusur tepi Masjid Jamek tu sempatla amik gambar ni..


Indahnya Masjid Jamek di malam hari. Pastu naik LRT ke Tasik Selatan, kat2 kul 12 jugak baru sampai umah.

Akhirun Kalam,
Bye2 KL, Hi K.B..

No comments: