Monday, June 13, 2011

Bola Oh Bola

Bola itu bulat, macam2 boleh jadikan.

Itulah yg berlaku semalam, Kelantan tewas dengan Terengganu 2-1. Kawanku yang A merungut ini semua dirancang, rakanku B asyik duk mengeluh kalaulah wisel ditiup awal sedikit. Bagiku pula walaupun ramai yg mengatakan game semalam dah kena beli dan memang piala tu dah janji nak dihadiahkan agong tapi AKU TAK PERCAYA!!

Semalam, ketika semua percaya Klate akan m'julang piala F.A tetapi gol penyamaan oleh T'ganu pada minit-minit akhir (90"+8") dan masa tambahan ke-2 memusnahkan segalanya. Masa tambahan jd pnjg mcm tu sekali hgga memberi ruang T'ganu menyamakan kedudukan salah sapa???

Salah kita jugak, ada penyokong Klate cerdik pandai yg lempar suar api b'hmpiran dgn penjaga gol T'ganu sampai permainan di hentikan tu nape. Tabiklah sapa yg buat ni, koranglah penyokong TRW yg paling hebat..lain kali buat la LAGI.. x abis2 dgn perangai yg x bertamadun. Tapi masa pengadil ke-4 angkat board masa extra, 5 minit je.. naperla terlajak smpai 8 minit, ni yg rakanku si B duk asyik sebut kalaulah..kalaulah.

Ok la, kita layan gambar yang sempat ku ambil....


* Park kat TBS kemudian naik lrt dr stesen Tasik Selatan ke B.Jalil. Tolak lewat sikit lepas Asar, malas nk serabut kat surau. Ramai jugak penyokong TRW naik dr sini.

* Sampai b.jalil. Ramai sungguh, rata2 yg naik train tu penyokong bola TRW.

* Ni la yg x berapa saya nak gemar, tong sampah yg disediakan x penuh pun. Dah x ramai kat tangga ni, tahun2 lepas sy dtg awal mmg penuh penyokong Klate lepak sini.

* Apa yang aku tengah tengok ni ya. Ramai dah masuk stadium masa ni. Lengang je gerai2.

* Sekali masuk stadium mmg dah agak penuh, t'paksa tawaf separuh stadium nak duk sini. Tingkat 3 mmg byk kosong lg tp malas sbb tahun lepas duk situ mcm kureng best.

* Kain rentang penyokong2 : TRW Club KLIA

* Yusmira dan lain2.

* Penyokong2 Terengganu punya.

* Gelagat penonton. Trojan dua yg atas tu duk depan sy.

* Stadium B.Jalil dan show paragliding Terengganu. Ada 2 duk b'legar2 atas stadium. Bawa bendera T'ganu jah Klate x dop.

* Tean TRW masuk usha2 padang ngan suasana stadium. Yang pakai kopiah tu la Nurul Azwan Roya yg score gol Klate semalam, yg lain tu yg boleh dicam Apek, Shahrul ngan Chanturu. Gambar blur sbb kualiti zoom kureng memuaskan.

* Ok semua, buat bulatan ya...

* Kul 7 lebih dah penuh gler... Tapi tmpat duduk Klate memang agak pack, mcm x cukup tempat duduk smlm. Rasanya mmg ada tiket palsu la, kata ada scan tiket kat gate masuk.. tp masa masuk x dop pun.

* Ramai x ramai sampai tingkat atas sekali tu dah campur antara penyokong2 Klate ngan Ganu. Tapi suasana semalam mmg ada semngat adik beradik sikit.

* Bendera yg duk di pass2 kan. Kat atas tu, team gendang yang mmg sentiasa menemani langkah Red Warrior

* Kelantan...

* Suker giler yg Ultras Kelantan punya ni.. sgt cool designnya

* Sebelah sana ultras Terengganu. Mmg trademark mana2 ultras mereka akan pasang flare merah ni

* Ini pulak flare Ultras Kelantan punya..

Masa game start, sy mmg konsentrat tgk game so x byk ambil gmbar. Serius, masa score penyamaan last2 minit tu sy sampai tepuk2 pipi tanya diri sendiri.. 'Aku mimpi ka ni?'


Ni pulak gambar2 bila game dah abis..

* Terengganu tgh celebrate dgn penyokong mereka. Tp bagi sy, Sharbinee(GK) sgt tidak sportive, dia boleh p lari sorak2 dpn penyokong Klate.. mana boleh buat konfrentasi macam tu, event aku tgk EPL kalu buat cam tu boleh kena hukuman kad or denda..

* PenyokongKlate dlm postur keciwa...

* Dah kosong.. bagi sy kalu Klate menang Piala M'sia dulu sy boleh stay smpai diaorg julang M'sia, nape bila kalah x nak stay dgn mereka jugak. Rasa cam x true Fan pulak.

* Ni antara sebab aku x percaya team Klate jual game. Sedey woo tgk player masa ni, sampai ada yg teresak2, ada yg kena pimpin.. biasalah adat permainan ada menang ada kalah.

* Ultras is a true fan. Mereka masih mengibar dan bersorak memberi kata semangat. Bagi aku mereka club yang plg bagus mlm tu.. x der nye nak lempar2 mercun atau flare tu ke tgh padang.

* Awe 2 orang ni pun bagus siap masuk trek lagi, duk kibar2 kan bendera. Yg kanan tu memang jejaka paling seksi lah malam tu.

* Geng Ultras menunjukkan bukti sokongan kepada pasukan Kelantan walaupun ramai yg dah blah.. Kat skrin T'ganu tgh julang piala.. congrats, korang mmg better team semalam.

* Masa nak keluar, t'serempak dgn sek2 gendang tgh berkemas.. Dulu2 gendang mereka x sebanyak ni tapi dimurahkan rezeki banyak dapat sponsor dari kompeni2 besar Kelantan.

* Kat luarpun ok jer, byk polis ngan rela meronda.

* Suasana depan lrt. Ramai lagi rupenyer yg belum pulang

Jam menunjukkan hampir kul 1. Tapi bila nampak train tgh gerak tu pack giler so sy sambung lepak kat tangga jap. Siap duk lepak ngan budak Ganu lagi kat tangga tu. Memang rilek jer penyokong Ganu ngan Klate b'borak.

Sampai naik train ada yg berborak lagi. Keluar la citer dari sorang budak Klate ni, masa match Liga Super mggu lps dia p T'ganu dan ada cermin keta penyokong2 Klate kena pecah. Masa tu Klate menang 3-0. Memang sy ada tgk news ada kecoh sikit lepas game malam tu.. smpai ada yg kena tangkap. X sangka plak smpai cam tu... Maka sy cakap gini je lar, bnda ni segilintir sahaja yg buat.. kat mana2 negeri pun mmg ada puak pelampau cam ni, kemungkinan besar bawah pengaruh dadah.

Yang mana suasana baik macam semalam patut kita sebar dan tunjukkan kepada mereka yg x bertamadun. Ye mungkin ada perkara tak baik berlaku semalam tapi sepanjang sy duk melangut sebelum baik tu suasana ok je, kalau ada pun amat terpencil..

Akhirun Kalam,
Berjuanglah Kelantan Untuk Piala Liga Super..
2 match jah lagi, lupakan kisah semalam

2 comments:

una said...

p tengok dgn sape..?
meriah gak ea...kul bape balik..?

Nur said...

Sori br baca..
Tgk dgn cousin.. kat2 kul 2a.m jugak smpai umah