Sunday, January 29, 2012

SMK Panji 2012


Orang kata alam persekolahan adalah paling best.. dan ia adalah tersangat benar. Terutama sekali alam sekolah menengah sebab masa nih hormon2 remaja tengah menggila kan.. 

Bagi saya sendiri alam pengajian tinggi mahupun sekolah rendah tidak mampu menandingini alam menengah, kerna sekolah rendah kita masih anak hingusan yg belum mengenal dunia dan hanya tahu bermain dan bergembira.

Dan bila kita memasuki alam pengajian tinggi pula fikiran sudah mula matang dan mula memikirkan akan masa hadapan dan fokus kita lebih terarah ke arah kedewasaan... haha sivik giler ayat kan?? tapi ada kebenaran

Tapi alam sekolah menengah pula penuh dengan kegilaan, contohnya spt memonteng, merempit, melawan guru, menipu ibubapa, melencong dgn rakan2, cinta monyet, cinta pelik, bergaduh dgn member dan pelbagai lagi..
Dan baru-baru ini saya memijakkan kaki semula ke SMK Panji untuk urusan pengambilan barang. Sebaik sahaja kereta memasuki pagar, satu perasaan cukup sukar digambarkan berlaku.. 

Saya suka memotretkan fotografi ketika bersekolah dahulu maka segala bayangan mula menjelma, malah ketika kaki melangkah ke dalam kelas lama... bagaikan masih terdengar gelak tawa rakan2.

Dan pada kunjungan itu juga sy mengambil gambar2 terbaru SMK Panji terutama dalam kelas 5B...
 
Tempat duduk lama ku (kalu x silap la,hehe) ..

Kelas lama ku dulu lg lawa.. dan x der pun kurungan pelik tu

Buku budak2 tinggal...

 Sekarang dinding warna biru

Dulu dinding putih tapi tema tetap biru jugak..

Sekarang nama dah 5 Sains dulu 5 Bestari..

Masa jamuan akhir tahun 2004, gmbar perlu diganti kerna kebudakan..

 Laluan luar kelas, model yg kejauhan itulah adalah Adikku..

Taman kat belakang, sayang pokok2 limau dulu dah x der.. dulu tempat tu redup je dan selalu jadi port study

Tapi member2 je la yang rajin study kat situ... saya meronda je kejenya

 Opis sekarang

Rasanya dulu x der bilik guru sederet ngan opis ni... ke mmg dh ada???


Hampir 8 tahun sudah berlalu sejak hari terakhir bergelar pelajar sekolah menengah. Hampir semua kawan2 sekelas ku telah melalui alam pekerjaan dan sebahagian besarnya juga telah memulakan alam berumahtangga.

Banyak yg sudah terputus hubungan walaupun mereka hanya tinggal berdekatan. Dan sudah tentu sekali mereka tidak membaca blog ku ini kerna aku bukanlah org yg bersosial di internet..

Ini hanyalah sekadar tempat untuk catatan peribadiku, tempat meninta pengalamanku .. tapi diri ini akan sentiasa mendoakan rakanku semoga berada dlm keadaan sihat sejahtera...

Akhirun kalam,
Kalian adalah warna-warni kehidupan ku dahulu..
 

ps: mungkin adalah sorang jer kawan sekelas yg baca kan, kan???  ke awk pun dh x baca blog sy

1 comment: