Tuesday, August 12, 2008

Kebodohan Peperangan

Bila t'cetusnya peperangan saya rasa sgt sedih dan kecewa. Peperangan t'akhir dlm skala besar yg saya ingat dan saksikan ialah Serangan US ke atas Iraq. Nur berasa sedih melihat betapa rakus dan bodohnya para pembunuh berlesen ni, mereka bertopeng di blk nama seorg pemimpin. Priseden US umpamanya, melancarkn peperangan ke atas Afghanistan dan Iraq atas nama membendung keganasan. Hasilnya beratus ribu nyawa melayang hanya utk operasi bodoh yg sehingga kini tdk menampakkan kebersanan. Malah hanya impak negatif yg t'lahir dr peperangan t'sebut, sehinggakn masyarakat dunia b'pecah belah. 

Masing2 mula b'sikap prejudis antara 1 sama lain. Malah saya ckup meluat m'dgr nama Amerika dan Israel shggakn Nur merasa begitu bnci pada rakyat kedua negara ini. Malah pd musim Olimpik ini, bila sahaja ada peserta US b'tanding sy sntiasa m'doakn kekalahan mereka, supaya negara mereka tidak lg memandang rndah pd negara lain. Nur tahu tdk sepatutnya m'hukum mereka yg tdk b'salah, kini tdk blh melabelkn semua org Amerika & Israel(yahudi) itu jahat. Malah saya pernah m'baca kerjasama antara plajar Yahudi dan Palestin dlm m'jaga kebajikn msg2 bila menyambung pengajian di negara asing. Mereka blh duduk semeja, bergurau senda dan b'tukar idea. 

Tp bila manusia menginjak dewasa realiti b'lainan dr yg mereka impikn, mereka mula t'pengaruh dgn kerakusan dunia. Idea dan mentaliti mereka mula berubah shgga condong ke arah ketamakan, kekuasaan dan pangkat. Maka lahirlah pemimpin dunia spt skrg yg mulanya b'juang atas dasar kemanusian dan kebajikan tapi bila m'dpt kuasa si syaitan mula meniup ke telinga supaya b'tukar cita2. Rakyat dibiarkan menderita utk mengejar lbh byk wang dan nama.

Itulah yg berlaku di Ossetia Selatan pada Jumaat lepas lepas. Negara Georgia melancarkan serangan ke wilayah itu.Ossetia berpisah dari Georgia pada awal tahun 1990-an. Kerana tdk mahu wilayah itu jatuh ke tgn Rusia kerana penduduknya pro-Rusia, maka tercatatlah sebuah lagi contoh ketamakan sebuah negara. Seharusnya Ossetia diberi ruang utk mencorak sndiri sistem mereka kerana itu yg di mahukn oleh pnduduk d situ tapi kini yang terlihat hanyalah darah yg mengalir menyimbah bumi dan tangisan mereka yg tidak b'dosa. Pihak Rusia juga turut m'hantar tentera utk m'balas serangan Georgia dan yg tersepit di tgh2 ialah rakyat wilayah t'sebut. 

Ini sebuah lg kisah yg saling tak tumpah dgn kisah wilayah Mindanao dgn Filipina, wilyah selatan Thailand dgn Thailand dan Timor Laste dgn Indonesia(kini Timor Laste tlh b'jaya m'dpt kemerdekaan mereka). Berapa kerapkah lg p'kara seumpama ini akan b'ulang sedangkn mereka tdk sedaya upaya m'gunakan jln yg plg senang iaitu 'Perundingan', kerna bg mereka jalan perundingan hanya akan menampakkn ketidakgagahan mereka, bagi mereka juga tidak macho lah jika tidak mengangkat senjata, dan plg utama bagi mereka nyawa manusia tiada nilainya.....

Gambar2 sekitar peperangan tersebut:

*Apakah mereka sedang mencongak berapa nyawa yg perlu dikorbankan?
*Apakah pernah mereka b'fikir berapa banyak mangsa dr apa yg mereka lepaskn?
*Apakah p'mintaan ehsan insan kerdil ini akan di dengar?

*Apakah mereka terfikir akan nasib anak ini?

*Apakah mereka memahami tangisan dan kehilangan ini?


Mungkin mereka tahu jawapan pada semua p'soalan ini tetapi mereka hanya memekakkan telinga dan m'butakn mata demi sebuah keegoan...
 

Akhirun Kalam, 
Love Peace.

No comments: